INTRODUCTION

BIKES HISTORY


Tentera Jerman era Perang Dunia Kedua paling sinonim dengan motorsikal apabila kita memperkatakan tentang peranan kenderaan ini dalam peperangan; tetapi tahukah pembaca bahawa ianya adalah antara kenderaan bantuan tempur yang praktikal sesuai dengan persekitaran waktu itu? Pengalaman daripada medan tempur tidak dinafi membawa perubahan dalam perancangan dan juga penggunaan sistem persenjataan mahupun kenderaan. Dalam konsep peperangan konvensional, tentera Jerman mengutamakan adanya pengekalan maklumat yang berterusan dan tepat kepada pasukan di barisan hadapan, keupayaan mobiliti yang tinggi kepada unit-unit kecil terutama di kawasan bandaran serta kawasan di mana mukabumi dan strukturnya tidak sesuai dilalui oleh kenderaan berat seperti kereta perisai atau kereta kebal. Oleh itu motorsikal dilihat sebagai kenderaan terbaik untuk memikul peranan ini; malah kebanyakan motorsikal tentera Jerman dipasang dengan tempat duduk sisi menjadikannya sebagai motorsikal beroda tiga. Biasanya motorsikal ini dipasang dengan mesingan sebagai senjata bantuan dan beroperasi secara berpasangan (satu kenderaan untuk dua orang). Penggunaan tentera mekanis bermotor yang memiliki kelajuan waktu itu dilihat sebagai idea baru ketika Perang Dunia Kedua. Konsep serangan kilat Jerman (Blitzkrieg) turut memperlihatkan Rejimen Raifal Bermotorsikal Tentera Jerman sebagai unit penggempur yang paling pantas dan menjadi elemen utama kejayaan operasi.

Antara model motorsikal yang dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jerman ialah BMW R75 (1938-1945) dan Zundapp KS750 (1940-1944). R75 adalah antara motorsikal khusus untuk tugas-tugas berat dan lasak, yang mempunyai rak khas untuk membawa mesingan atau motar. Dipercayai model ini telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar, malah ia turut digunakan oleh unit payung terjun Jerman.Walaupun Zundapp KS750 dikatakan sebagai pesaing BMW R75/ tetapi kedua-dua motorsikal ini mempunyai persamaan yang ketara daripada segi kemampuan/rekabentuk badan dan juga susunan dalaman enjin. q

Selain Jerman, beberapa negara lain turut melihat keberkesanan motorsikal dalam operasi ketenteraan antaranya ialah Britain dan Amerika Syarikat (AS). Britain paling terkenal dengan motorsikal BSA (1938-1945) dan dipercayai sejumlah 126/334 buah dikeluarkan dalam dua versi iaitu 500cc dan 350cc. Model 500cc biasanya dipasang dengan tempat duduk sisi tetapi tidak seperti Jerman/ tentera Britaian lebih menggunakan motorsikal sebagai kenderaan perhubungan (despatch atau runner). Sebuah lagi model iaitu motorsikal Norton 16H (1938-1945) pula digunakan dengan meluas oleh tentera darat Britain sebelum meletus Perang Dunia Kedua lagi. Norton diguna untuk tugas menghantar maklumat (despatch riding) dan kenderaan pendahulu konvoi. Tentera Udara Diraja Britain pula menggemari versi yang dipasang dengan tempat duduk sisi. Motorsikal Norton ini turut dieksport bagi kegunaan Tentera Darat Kanada waktu itu.

Tentera Rusia turut menggunakan perkhidmatan motorsikal ketika Perang Dunia Kedua tetapi lama kelamaan peranan mekanis motorsikal mula digantikan oleh kenderaan yang lebih besar dengan sistem persenjataan yang lebih baik. Bagaimanpun ketika lain-lain pengeluar sistem persenjataan dunia beralih kepada penciptaan peralatan ketenteraan yang lebih menarik/ sekumpulan pencipta kenderaan tentera Rusia menoleh kembali kepada keupayaan motorsikal di medan tempur. Firma Uralmoto JSC kini telah berjaya membangun dan menguji versi khas motorsikal medan dikenali sebagai IMZ 8.107 siap dipasang dengan tempat duduk sisi. Sama sepertimana peranan dahulu/ ia boleh diguna untuk tugas tinjauan,rondaan, kenderaan pengantara dan kenderaan serbaguna. Dengan saiz yang kecil dan daya manuver yang lebih tinggi berbanding jeep, penciptanya melihat motorsikal ini sebagai kenderaan medan terbaik untuk diguna dalam keadaan persekitaran terbuka yang membangun(kawasan penempatan umum).

Motorsikal Tempur di Malaysia?

Di negara kita motorsikal telah lama dijadikan sebagai salah satu kenderaan dalam perkhidmatan tentera seawal era pemerintahan British (samada jenis Norton atau BSA). Kini, Kor Polls Tentera (KPT) dilihat kekal menggunakan motorsikal dalam aset kenderaan mereka khususnya bagi tugas mengiring dan rondaan. Untuk operas! medan, elemen 10 Briged Para dilihat menggunakan motorsikal berkuasa tinggi untuk tugas iringan, peninjauan dan 'despatch riding'. Percaya atau tidak, peranan dan kehadiran motorsikal memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masayarakat Malaysia moden. Samada percaya atau tidak/ hakikatnya motorsikal adalah kenderaan pengangkutan peribadi paling popular di Malaysia salah satu faktomya kerana harga yang murah, mudah kendali dan senang diselengara khususnya motorsikal jenis dua lejang. Malah setiap kali mengadakan latihan ketenteraan/ pasti kelihatan para jurulatih akan membawa bersama motorsikal ke kawasan latihan (khususnya di pinggir-pinggir kampung) bagi memudahkan pergerakan dan memantau pergerakan para pelatih. Malah melihat pada kesesuaian ini menyebabkan pasukan perubatan kecemasan di lebuhraya juga telah menjadikan motorsikal sebagai kenderana paramedik.Mungkin rupabentuk motorsikal beroda tiga ini kelihatan agak lucu tetapi daripada sudut taktikal, motorsikal telah membutikan kemampuannya dalam operas! ketenteraan. Bayangkan kemampuan tempurnya jika dilengkapi samada dengan GPMG, mesingan berat .50 kaliber, sistem pelancar roket, peluru berpandu anti-armor atau sistem peluru berpandu anti-pesawat. Walaupun tidak memiliki ketebalan perisai, tetapi dengan kesesuaian persenjataan motorsikal tempur ini boleh dijadikan sebagai kenderaan pemusnah armor dan ketika inilah ia dilihat sebagai cukup berbisa. Adalah tidak menghairankan jika Angkatan Tentera Malaysia mempunyai perancangan untuk menjadikan motorsikal bersenjata sebagai inventori terbaru khasnya bagi pasukan mekanis sedia ada dan tidak lagi sekadar kenderaan yang hanya beraksi pada pertunjukkan akrobatik sahaja.

TOP


ENJOY POWER BIKES!

HOME INTRODUCTION CLASSIFICATION RIDER ACTION ACCESSORIES GALLERY ABOUT ME EXIT

PREVIOUS NEXT
HOME
HOME