RIDER ACTION

RIDER ACTION RIDER ACTION






METHOD ON TAKING CORNER


rider_action2.jpg

Ambil korner .. suatu perkara yg sangat digemari oleh ramai mat motor. tak kira selekoh mana yg cantik .. sure layan punya. ada juga yg melayan sampai rebah ke bumi. kenapa? mungkin sebab kurang pengetahuan serta teknik2 mengambil selekoh dengan betul. Setiap org mempunyai skill yg tersendiri... ikut kemampuan. jangan sebab nak ikut org .. kita pun sesah. alamat makan kuih golek karang.

Biasanya .. org gunakan teknik yg ni .. sebelum sampai ke korner drop gear ( berapa gear bergantung kepada keadan korner dan enjin motor dan juga kelajuan motor anda )sambil ambi side..jangan brek ketika SEDANG korner.. itu adalah amalam yang merbahaya sebab boleh menyebabkan tayar korang tergelincir.. ada yg phobia masa amik korner sebab pernah tergelincir suatu ketika dahulu itu kalau korner dalam keadaan yg biasa .. pada kelajuan yg biasa lebih kurang dalam 100 ke gitu ler. kalau masa ambik corner cara laju dan selamat nih pulak, mula2 kena faham basic tentang konsep 'countersteering'. Benda ni paling simplenya ialah tolak grip kanan utk corner kanan, dan tolak grip kiri utk corner kiri. Tanpa masuk bab physics (conservation of momentum, etc), kalau dipraktikkan cara betul, selaju manapun kita masuk corner, tayar depan tak akan slide/wash-out. Ini dah uji sendiri oleh beberapa rakan saya sewaktu mereka mempelajari teknik2 bermotor 14 di Sepang SIC. Kelajuan agaknya 75mph, gear 4, tiada brake ( mereka tak dibenarkan menggunakan brake ).

Mengenai bab dropping gear nih, ada beberapa isu:

1. Timing masa drop gear - laju dan positif, atau rilek sahaja? Ada blip the throttle utk menyamai rpm dgn kelajuan sebenar? Tak ada guna drop dari 4th gear ke 2nd gear utk masuk corner, jika anda sebenarnya tidak perlu brake tetapi terus pulas throttle. Tapi, saya mungkin salah di sini, kerana cara nak dapat the powerband utk 2-lejang (eg Aprilia) berbeza dgn 4-lejang (eg Ducati 916).

2. Bentuk corner itu sendiri - 90 degree turn? Corner memanjang macam di Karak Highway? Corner ketat seperti Esses di Ulu Yam? ini kena hati2 .. salah gear .. padah ler. bila masa nak kena tahu gear apa yg nak dipakai?
gear 3? gear 4?

3. Tamatkan braking anda sebelum apply countersteering. Jika masih brake sambil steering ke dlm corner, perasan tak yang suspension depan masih lagi compressed/tertekan? Mana lagi sedap masuk corner? - suspension depan dah full ke bawah (teramat sukar nak control) atau suspension depan masih lagi boleh bergerak atas bawah (rider masih boleh control keadaan)?

Banyak motorsikal tak set betul suspension depan - spring terlampau keras, terlampau banyak minyak, valve dah rosak dan langsung tak boleh adjust. perkara remeh temeh aje nampaknya. tapi mengundang seribu kebaikan.

4. Brek se'lambat' yang selamat, dan pulas minyak secepat yang mungkin; - ini menyebabkan berat motorsikal berpindah dari tayar depan ke tayar belakang. oleh kerana motorsikal kita masih lagi RWD dan bukan pacuan depan, kita nak semua tenaga dari engine terus sampai ke jalan secepat mungkin. Tegakkan motor secepat mungkin, kerana dapat membesarkan contact patch (permukaan sentuh) tayar belakang. Bayangkan contact patch tayar 180/55 17 ( contoh ) hanyalah sebesar tapak tangan, bila motorsikal benar2 tegak (tak berani nak bayangkan tayar belakang RXZ yg pakai tayar sotong tu besar mana )... sendiri mau ingat ler kan ..

TOP




ENJOY POWER BIKES!

HOME INTRODUCTION CLASSIFICATION RIDER ACTION ACCESSORIES GALLERY ABOUT ME EXIT


PREVIOUS NEXT
HOME
			HOME